Tuesday, 26 April 2016

WONG SOLO

MONDAY 25/04/2016...


Aty bawak aku, Nanad dengan Kitull pergi makan dekat Wong Solo dekat Bangi. Katanya aku dengan bebudak ni x boleh move on dengan ayam penyet. So, dia bawak la kitorang lunch ayam penyet dekat Wong Solo tu.

First time la aku jejak kaki dekat Wong Solo tu. Wahhh, aku agak berpuas hati dengan keadaan restoren tu. Pekerja dia pon kemas, berpakaian seragam, peramah dan semua perkara positif yang lain kottt. Harap-harap macam tu la. Ayam penyet dia sedap la jugak sebab licin aku makan. 

Mungkin sebab aku lapar sangat. So, siapa-siapa nak rasa nasi ayam penyet ala-ala masakan jawa boleh lah bertandang ke Restaurant Wong Solo dekat area Bangi tu. Yang dah rasa bosan makan ayam penyet FEP, sila lah datang ke Restaurant Wong Solo. hehehehe

Aku harap lepas ni Aty bawak aku makan semua aym penyet dekat area bangi ni .

@>----^-----



HAIWAN

K.A.T.A.K

Dulu masa kecik-kecik aku rasa aku ada tengok cerita kartun katak rasanya. Best gilerr. Biasa la bebudak kan, mesti terhibur tengok kartun. 

Aku yang dah nak masuk 20 tahun ni pon masih terhibur tengok cartun apatah lagi kanak-kanak bawahan umurku.

Dulu masa form 4 aku ada buat pembedahan katak time biology. Wahhhhh best aaaa ada pengalaman tangkap katak, pegang katak dan belah katak. Tak dok gamba la pulak nak tunjuk. Baru cadang nak menunjuk. (>,<) 

Aku belanja gambar katak yang original la ye untuk awak-awak semua.


Ibu aku sangat phobia dengan katak. Kalau ibu jerit dari dapur tu, satu rumah tahu lah ada katak dekat dapur. Aku nak kata takut tu tak da la sangat. Cuma geli banyak la sebab aku bukan pencinta haiwan. Tapi aku akan cuba jadi pencinta haiwan suatu hari nanti. 

#geligeli


Wednesday, 20 April 2016

MIDSEM


Minggu ni aku ada dua paper for midsem exam. Hari sabtu mathematics and hari ahad paper akaun. Grrrrr apa nak jawab tak taw. Bila try buat soalan-soalan perghhh baru tahu langit tinggi ke rendah.

Cetek nya ilmu aku. Sedih la jugak. Tapi usaha dan impian nak dapat dekan tu kene teruskan. Aku kene bukti kan jugak walaupon pointer aku untuk sem lepas cukup-cukup makan ja.

Aku memang suka maths, aku suka kira-kira. Mungkin latihan aku tak banyak tulah punca kadang-kadang aku tak dapat jawapan waktu buat latihan. Akaun pon one of the subject yang aku suka. Bahagia bila imbangan terduga.

Papepon I wish all the best for myself and try to study smart for this midsem.

UJIAN


For this week, aku menghadapi ujian yang dipanggil LAB TEST 1. Macam biasalah, kene buat Microsoft Exel dan Microsoft Word. Bagi aku, tak da payah mana pon. Cuma memerlukan ketenangan yang abadi untuk jawab ujian tu. Tak kiralah subjek apapun, tenang je jawab soalan tu.

Tapi aku agak kecewa dengan ujian tu sebab aku buat templet simple sangat sebab takut x dan masa. Hurmmmm, redho je lah. Let bygone be bygone. Buat yang terbaik untuk test yang akan datang. Be positive ok Farah Liyana !!!

Aku tersekat dekat nak kira BMI. Patutlah aku tak dapat jawapan aku konfius antara symbol ( * ) dengan yang ni ( ^ ). Lepas ni be more alert ye awak. Good luck for your future.

Tahniah untuk diri sendiri….. { @>---^----- }


Tuesday, 5 April 2016

HOBI


Ni laaa hobi saya. Tidurrrrannnn. Aku memang suka tidur. Pantang ada time free aku mesti akan jatuh cinta dengan tidur.

Bagi aku tidur adalah segala-galanya. Hahaha
Padahal lagi banyak tidur, lagi penat. Mungkin mindset aku tak betul kot. Time petang aku mesti tidur. So aku memang tak boleh nak study time petang-petang. Aku juga cuba sedaya-upaya untuk mengosongkan jadual waktu petang semata-mata demi tidur. 

Orang ada cakap, kalau tidur lepas asar 40 hari berturut-turut akan jadi gila. Aku ingat lagi time zaman sekolah dulu-dulu. Habis prep petang pukul 4.30 pm. So lepas tu aku mesti tidur. Disebabkan aku tak nak jadi gila, aku akan tidur 39 hari untuk petang. Hahahaha
Cerdikkan aku...

Sekarang aku dah tak tidur lepas asar. Aku cuba bangun sebelum asar. Aku rasa aku dah kene cari hobi lain la. Tidur terlebih ni tak elok untuk kesihatan. Ok misi aku nak cari hobi baru demi menggantikan hobi tidur aku. Bye-bye tidur. Kenangku didalam doamu...

@>----^-----

CUTI

YEAYYY YEHET YEHET YEHET !!!

Cuti midsem is coming. Tak sabau eden nunggu. Finally dapat cuti seminggu. Hurmmm seminggu tetap bersyukur. 

Well... Dah nak cuti kan, mestilah banyak plan dalam otak nak buat apa dekat rumah walaupon realitinya budak U je yang cuti, budak sekolah tak. Aaahhh aku tak kisah. Macam biasa aku akan request awal-awal nak makan apa kat ibu dengan abah. Saja jadi anak manja. Bukan senang nak balik kan. So gunakan kesempatan cuti seminggu ni untuk makan dan tidoq. Hahahahaha

Aku cadang nak belanja family aku KFC balik cuti ni. Nasib la sesiapa yang tak da dekat rumah tu. Fatin Liyana (along), Alya Izzati Liyana (yaya) dan Amni Najwa Liyana (mimi). Mohon jangan jeles k kami yang ad dekat rumah. So jimat duit aku, belanja adik aku 2 ketul tu ja, Ahmad Zikry Irfan dan Nur Humaira Liyana. Let have fun kat rumah ye adik-adikku sekalian.

Plan aku cuti ni aku nak g cari etok kat Sungai Pahang. Doakan plan aku tercapai. Nampak macam sedap je etok masak lemak. Hahaha

Kepada semua warga UKM, selamat bercuti midsem. Jangan buat benda-benda tak elok sudah la time cuti nanti.

BUDDIES



BUAH


Dekat UKM, ni lah geng aku. Sorang asal perak, sorang selangor dan sorang lagi pahang...
Aku kenal si kitull waktu MMM. Dan2 pulak duduk bilik sebelah aku je. Aty kawan matrik aku yang tak pernah bertegur. Nanad pulak aku tegur dekat tepi tong sampah DK2... hahaha

Walaupon tak pernah kenal, tak pernah tahu, tak pernah jumpa sebelum ni, takdir Allah temukan kitorang. Mungkin chemistry yang kuatkan hubungan persahabatah kitorang kot. Si kitull tempat aku bercerita imaginasi aku, Nanad selalu buat aku gelak macam orang tak betul dengan lukisan dia time aku sedih, Aty mmg mcm kakak suka positifkan aku dan banyak gila tolong aku.

Aku bersyukur dapat kenal diorang walaupon kadang-kadang ada perselisihan faham. Biasalah tu, hidup tak selalu indah. Pelangi tak selalu muncul lepas hujan. Tak sependapat tu kadang-kadang ajar kita cara lebih matang untuk solve the problem dan yang paling penting untuk dekatkan diri kepada pencipta kita.

by the way, thanks for being my friends ...
LOVE YOU FOREVER



AIR

BERMULALAH KISAH AIR...
Malam tadi 4/4/2016 air tiada. Grrrrrr memang pasrah la hidup sebagai student. Satu KTHO tak ada air. Aku rasa satu UKM mungkin tak ada air. 

Baru aku tahu betapa bernilai nya setitik air. Malam tu kami budak aras pegi cari air dekat tandas sebelah dektar. Berbotol-botol dan berbaldi-baldi air kami punggah. Seksa naik tangga nak sampai KTHO. Dah tu je cara nak dapatkan air. Mujo ad jugak sumber air. 

Terima kasih sir bagitahu kami sumber air yang tak akan pernah terputus. Haaa dekat canselori. Alhamdulillah dekat je dengan KTHO. Dah tahu port, lepas ni senang la ajak geng-geng aras berendam dekat canselori. Yehettt!!!

Jujur aku tak mandi pergi kelas pagi tu. Air yang aku simpan cukup-cukup untuk ambik wudhuk dengan basuh muka ja. Nasib la nak. So lepas ni, kene alert dengan keadaan. Dah dengar khabar angin nak xde air, kene prepare tadah air siap-siap k.

Dan sewaktu ada air, jangan sesekali membazir kerana membazir itu amalan syaitonnn...
#peringatan untuk diri sendiri


~ time xde air
= my precious water

Sunday, 3 April 2016

MAAF

M.A.A.F

4 huruf...Mudah ditulis dan dieja tapi sukar diungkap oleh seseorang. Memang tak dinafikan penantian satu penyeksaan untuk someone yang pernah buat salah ungkapkan perkataan maaf. Tapi dengan cara ucap maaf semua boleh settle ke ?

Bestie aku pernah cakap : 
" love someone that love you, forgive someone that hate you " 
Woww!!! mudah nya hidup kan. Kau bakar rumah orang dengan sengaja pastu kau say sorry... Naisss.
{gurau gurau}... Point aku sekarang ni, kita kenelah ucapkan kata maaf walaupun kita sedar salah kita ataupun tak. Sebab lain orang lain perasaan dia. Mungkin kita tengah bercakap pasal kucing rumah jiran kita berkurap, pastu someone ada terasa sebab dia pon ada bela kucing yang berkurap. Macam tu contohnya. Lepas ni aku akan cuba ucap perkataan maaf sebanyak yang mungkin. 

Aku bukanlah maksum, aku hanyalah insan yang terlebih dosa kat dunia ni. 
Kesilapan yang aku terus buat, tanpa sedar ada orang terasa. So senang cerita aku minta maaf atas semua kekhilafan diri yang pernah terjadi and for the last sentence,

" once we are friends, you should stay and be my friends forever "
love you guys
@>------^-------

Saturday, 2 April 2016

EGO

ego egois egonisma...

Aku try buang perangai ego ni dari diri aku. Tapi aku x faham la kenapa susah sangat dia nak bla. Ye lahh, nak berubah kene ambik masa. Aku pon masih belajar mencari jalan yang lurus demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mungkin dengan perangai aku ni ramai yang terasa. Aku tak berniat nak sakit kan hati siapa-siapa terutamanya orang sekeliling yang kenal aku. Aku dapat terima teguran tapi tegur aku dengan cara yang elok. Kau bayangkan orang tak suka kau pastu tegur kau macam dalam dunia ni kau la yang penyebab kiamat. Aku pon x tahu la apa yang aku mengarut tu. Sebab ego, aku jadi sombong, ikut kepala sendiri dan buat benda yang orang tak suka. Doakan aku terus dapat mencari kesilapan yang aku pernah buat sebab aku malas nak cari sorang-sorang kat mahsyar nanti sebab ego aku tu. Siapa yang tak kenal aku mungkin kata aku sombong sebab aku bukan jenis yang suka senyum-senyum kambing ni. Sorry for everything kepada sesiapa yang pernah kenal aku. 

Friday, 1 April 2016

BUAH

ASSALAMUALAIKUM

Harini I nak share sikit khasiat buah kedondong dengan you all semua...
Mempersembahkan

Manfaat dan khasiat buat kedondong bagi kecantikan kulit wajah dan tubuh.

Kaya dengan  kandungan vitamin C iaitu 30 -50 mg dalam 100 gram buah kedondong.
Sesiapa yang kerap memakan buahnya dapat membantu proses regenerasi kulit dengan cara meningkatkan pengeluaran kolagen yang memainkan peranan penting dalam keanjalan kulit. 
Selain itu, vitamin C juga bersifat antioksidan yang dapat mencegah radikal bebas.

So kepada gegirl-gegirl dan siapa-siapa yang nak cantik lepas ni silalah makan buah kedondong banyak-banyak.
tak payah pakai kosmetik pon boleh cantik okehhh...

@>-----^------
sis belanja bunga sikit


urmmm,dappp nyeeerrrr !!!!