Wednesday, 25 May 2016

KOSONG




Lately, aku tak tahu kenapa aku rasa kosong semacam je. Nak study malas, nak buat assignment malas. Aku just nak menyendiri sorang – sorang ja. Tak nak jumpa sapa – sapa.

Idk what happened to me. Nak kata banyak kerja, tapi masa tidur aku melebih – lebih pulak. Jujur aku tak study pon kalau tak exam. 

Tunggu nak exam baru start aku bermanja – manja dengan buku. Mungkin tu perangai budak u kot.

Dulu zaman matrik, aku agak rajin study. Sebab tu aku boleh score.
Hmmmmmmm ,,,

Aku kene cari dulu kenapa hati aku kosong ni. Banyak dosa mungkin. Banyak tengok benda yang tak baik, dengar benda yang tak elok kott.

Atau hati aku dah kene curi.

 Kahkahkahkahkahkah

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like
But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I’m the one for you, You’re the one for me



SESAL


S.E.S.A.L

Kehadiran dia dalam hidup aku tidak membawa erti sesal sepanjang perkenalan kami. Kami rapat disebabkan kami mempunyai obsess yang sama. Aku rapat dengan dia since form 2.

 Walaupun banyak mulut orang mengata tentang kami, we don’t care about that. One day, aku pernah dianggap perampas oleh sebahagian manusia sebab katanya aku rampas kawan rapat zaman sekolah rendah dia. Agak sedih dan terkilan dengan tomahan begitu.

Nak buat macam mana, bukan senang kita nak rapat dan selesa dengan kehadiran seseorang yang baru. Diorang buat ala – ala confession face to face la kiranya. Goyang pulak aku dengan hypothesis kau tu. Bila aku fikir –fikir balik, cuba cek diri kau tu, kalau kau seorang yang disenangi kenapa dia boleh berpaling tadah. 

Aku rapat dengan dia sebab we have a great chemistry. Kau nak tuduh orang tu rampas bff kau padahal dia tak berapa selesa berkawan dengan kau. Itu lawakkkkk. Yelah, mestilah ada yang pelik kenapa tetiba boleh kamcing walhal kitorang dari sekolah rendah lain. 

And then, masuk hostel jadi bff. BTW, I am so grateful for having she as a bestfriend in my life. She is a great friend for me. Dia tempat aku bercerita, mengadu, menangis, meggila and always stay by my side until now. 

Nak cari kawan belambak boleh dapat. Nak cari sahabat memang susah nak mati. 

So, dear  Nur Anis Izzaty binti Mohd. Adzli, your are not my “ kawan ” but you are something special to my life “ sahabat “. No one can replace you.

Aku x pernah menyesal kenal dengan kau.

# throwback gambar muda muda dolu

Wednesday, 18 May 2016

MINDSET

Hurmmm…macam mana nak kurus ekkk ekkk ekkk ???

Aku teringin nak kurus tapi aku x boleh nak kurusss. Huarrghhhh !!!

Aku pernah cakap kat along aku, yang aku nak kurus dan cantik. Aku nak makan produk tu la produk ni la. Last – last ambik kau kene ceramah balik. Tak reti bersyukur lah, itu lah, ini lah…

Bila fikir – fikir balik, betul jugak cakap along aku tu. Kau cuma pandang orang sekeliling kau ynag bernasib baik je. 

Cuba kau besarkan lagi mata kau dan perhatikan lagi sekeliling kau yang teramat luas ni. Mungkin macam tu, kau baru sedar bahawa ada lagi orang yang kurang bernasib baik daripada kau.

Sekarang ni mindset aku, ye memang aku nak kuruskan badan tapi as long as aku chubby tapi aku sihat pon aku tetap bersyukur. Tak kisah lah orang nak ejek apa – apa pon. 

Yang penting semua ciptaan Allah adalah yang terbaik dan aku sihat wal afiat.


~ It all about your mind ~

PELUANG


PELUANG

Can you keep me next to your heartbeat? chia chia chia
Hambarunnn…

Urmmm… apa peluang yang aku nanti-nantikan ekkk?
Entah lah nak. Aku pon tak pasti dengan hidup aku yang tunggang-langgang ni. Apa yang aku nak dalam hidup ni pon aku tak pasti.

All I know at the end of the day
Is you love who you love there ain’t no other way
If there’s something I’ve learnt from a million mistakes

Ok lah kalau ada peluang aku nak pergi Mekah dengan family aku. Aku nak bawak parents and family aku jelajah dunia ni. Insya Allah kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki.

Dan semoga peluang saya untuk menjadi muslimah sejati masih lagi ada. Aminn …

" mengapa masih lagiku berdiriku menunggu cintamu,
mengapa masih adamu menyakiti disiang malamku,
aku terima cintaku dipersiakan "
lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalala

@>----^-----


Wednesday, 11 May 2016

PUTUS



Nak putus apa ni ? aku nak tulis pasal peribahasa laa. “ SEPERTI LAYANG – LAYANG PUTUS TALI “. Maksudnya adalah  seseorang yang sudah putus harapan, sudah tidak berdaya lagi, hanya terserah kepada nasib

Aku pon tak pasti kita boleh ke tak jadi seperti layang-layang putus tali ni. Mungkin boleh dikaitkan dengan putus cinta kott. Mungkinnn…


~ sekadar madah pujanga

Well, kalau orang putus cinta kan ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Macam tu lah kot ibaratnya.
Mungkin jugak seseorang ni putus harapan dan tunggu jodoh daripada Allah je lepas dia putus. Dah tak nak couple - couple sebab dah takde semangat. Kecewa sangat barangkalinya.
Ok tu je aku faham pasal putus.

~ THE END ~

OH MY VENUS


Oh My Venus ni adalah sebuah drama korea yang dilakonkan oleh Shin Min Ah jadi heroin dan So Ji Sub jadi hero. Haaaa cite dia berkisah kan seorang wanita yang dulu nya hot sebab cantik pastu dimasa depan telah menjadi gemuk. 

Perempuan ni berazam nak kurus balik so dia mintak tolong hero yang kebetulan dia jumpa dalam flight. Motif perempuan tu nak kurus sebab dia punya pakwe ada awek lain. Benci laaa laki yang pandang paras rupa ni. (>,<)

Lepas perempuan tu kurus, dia ada dimple. So, aku berharap nanti aku dah kurus aku pon ada dimple dan cantik macam heroin tu. Berangan jap. Aku juga berharap dapat laki macam hero tu yang dapat bantu aku jadi kurusssss. Berangan lagi. 

Ni la padahnya menonton drama korea. Tak sudah-sudah angan-angan mat jenin. tapi aku akan buktikan aku akan kurus suatu hari nanti dengan sihatnya. 

Sekian sinopsis Oh My Venus daripada saya. Siapa nak tahu lebih lanjut, sila tonton sendiri wokeyhhh !!! 


Tuesday, 3 May 2016

CARUT

Tak suka lah cakap pasal carut-carut ni. Teringat zaman lampau. Zaman muda-muda dulu, aku memang kaki carut. Ada je benda x kene habis lah keluar kata-kata yang tak diingini tu.

No comment la. Zaman lampau tu carutan aku ibarat berzikir rasanya. Teruk gila, tapi aku pon tak pasti bila aku start berhenti mencarut dan kenapa aku berhenti. Masih tertanya-tanya dalam fikiran aku kenapa.

Takpe biarkan aje. Sekarang ni aku xde lah fully berhenti daripada mencarut. Cuma time terdesak je la.

Waktu aku kecik-kecik dulu lagi lah. Ibu aku memang tak kasi sebut bodoh ke babi lagi lahh. Thanks too ibu banyak disiplinkan angah. Hurmmm, bila naik zaman sekolah menengah tu yang aku jadi legend. Lupa semua nasihat ibu dan abah.

Sekarang ni, Alhamdulillah dah kembali sikit ke pangkal jalan. Harap istiqomah lah ye wahai Farah Liyana.

#rindufamily

TERKESAN




Apa yang membuat aku terkesan ialah ceramah Dr. Zakir Naik. Dr. Zakir Naik punya hujah perghhhh memang mantopp. Aku tabik springg la kat beliau.

Seriously, beliau seoarang yang hebat dalam menyebarkan dan mempertahankan agama islam. Lately, aku memang suka la tengok youtube pasal hujah2 beliau. Saja sebelum tidur dan time free penuhkan masa dengan ilmu. 

Ecewahhh (>,<).

Memang banyak la benda yang kita dapat tahu daripada video-video beliau. Walaupun kadang-kadang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hehehehe

Adatlah tu manusia. Mana ada yang perfect.


Marilah sama-sama kita menuju ke jalan yang benar. Aku pon bukanlah baik mana. Sebenarnya tak baik pon. Hehehe

Kalau ada niat nak jadi baik, Insya Allah, Allah akan tolong kita.

{@>-----^------}