Friday, 25 March 2016

HARAPAN


Assalamualaikum.



Harapan aku dari dulu lagi, aku teringin nak pegang kucing atau haiwan berbulu yang lain. Well, as we know, tak semua orang mampu untuk buat macam tu termasuk aku. Aku pon tak tahu lah kenapa aku jadi takut bila berhadapan dengan kucing ke arnab ke dan haiwan yang lain. Jeles jugak tengok orang lain dok bermesra-mesra dengan kucing dan arnab. 





Mungkin aku tergolong daripada phobia diatas. Aku bila tengok kucing rasa macam pandang harimau. Seriously, memang seram. Tambah-tambah lagi anak kucing. Grrrrr, tu la pasai badan je besar tapi penakut. 

So, harapan aku ada orang dapat tolong tangani masalah aku ni. Sebab kucing kan haiwan kesayangan nabi. Aku takut kucing tak bermakna aku menyakitkan diorang. Walaupon aku tak pernah pegang kucing, kucing-kucing dan arnab kat rumah aku semua cukup makan. Aku bagi diorang makan sampai makanan tu jadi membazir pulak. Punya lah aku berharap aku dapat rapat dengan kucing dan arnab tu.

Berharap suatu hari nanti aku dapat mengatasi masalah ini...

PASRAH



Hidup dengan pasrah memang tak dapat dipisahkan. Kadang-kadang kita kene terima realiti tu daripada terus berimagination. 


Cerita pasrah aku yang agak menyedihkan apabila kawan baik aku time zaman high school dolu-dolu, actually sampai sekarang still bestfriend, kene rampas dengan geng aku jugak. Mungkin firasat aku je kot mengatakan yang bestfriend aku tu kene rampas. Itulah namanya imaginasi kan. Tapi tragis jugak la pada diri aku ni sampai kene masuk kaunseling. Al-fatihah... 



Siapa yang ada bestfriend yang pernah alami situasi macam aku je akan rasa apa yang aku rasa. Kau faham tak, bestfriend kau yang gila2 kau rapat tetibak dah tak macam org yang kau kenal. Berkepit dengan orang lain banding dengan kau. Sakit nak mampos hati aku time tu. Terbakor-bakor bila kau tengok orang yang kau sayang, rapat, share semua benda hilang sekelip mata. Tapi aku tahu bestfriend aku tu sayang aku dan dia pon konfius nak pilih aku ataupun insan yang satu lagi. Dua-dua kawan baik dia. 



Sejak dari tu lah aku belajar benda baru iaitu PASRAH. Aku pon malas layan cenggeng aku tu. Aku try jadi ego, lantak la apa nak jadi and so on. Yang penting aku memang sayang gila-gila kat geng2 aku zaman high school dulu. 



Biarpun banyak halangan, dugaan, cabaran dan rintangan, alhamdulillah diorang masih stay dengan aku dan kitorang anggap benda tu x pernah jadi. 


FAITH15 FOREVER !!!

Monday, 21 March 2016

LEMAU

LEMAU...OOOO LEMAU...LEMAU !!!

Ianya bukan sejenis nama manusia, haiwan, makanan mahupun tumbuhan. Padiaaa la LEMAU ni haaa ?

Apakah maksud lemau?

LEMAU merupakan sifat kepada biskut, keropok, kerepek yang dah tak keras macam biasa. Contoh ayat : Biskut yang dibeli oleh ibu pada minggu lepas di kedai Pak Ali sudah lemau.

Okay, tu definisi untuk budak-budak zaman yang nak ambik UPSR. Aku pon faham yang lemau tu macam maksud diatas untuk tahun 2008 time aku ambik UPSR. 

Kalau ikut bahasa pasar la kan, lemau tu ibarat kan tiada tenaga, lembik, tak bermaya dan perkara-perkara negatif yang lain.

Sesungguhnya aku bukanlah tergolong dalam kalangan yang lemau kerana aku sentiasa bersemangat apatah lagi kalau hari selasa. Yelahhh, kelas aku dari 8.00 a.m sampai 11.00 p.m kottttt. Mana boleh nak lemau-lemau ni.Tak cun la nanti.

Bak kata pujangga,

And when you smile, the whole world stops and stares for a while, 
Cause girl, you're amazing, just the way you are...

Lirik tu untuk aku je la...Sebab aku paling sesuai dan paling tak lemau!!!

SILAT


Malam tadi 15/3/2016, first time aku datang kelas silat setelah sekian lama semester 2 bermula. Nak buat macam mana, aku kan manusia paling sibuk kat UKM ni. hahaha....

Perghhhh memang longgar habis sendi-sendi lutut dan anggota badan yang lain. almaklumlah, lama tak training. Semester lepas aku daftar silat bawah citra, semester 2 ni aku jadi budak-budak kelab je...

Pengalaman aku belajar silat ni,hurmmmm penat tu usah dicakap la. Tapi seriously memang best la belajar something yang baru. Cikgu silat aku pesan kalau nak belajar silat kene perlukan pengorbanan, masa, duit dan hati yang ikhlas. Mula-mula aku agak merungut la jugak pergi kelas 2 kali seminggu start 8.30 pm sampai 11.00 pm. Well, kalau kita buat sesuatu tu dengan ikhlas insya Allah, akan permudahkan.

Tak kira lah belajar apa-apa pon, kalau niat kita belajar kerana Allah, everything will be okay...

Baiklah para hadirin sekalian, 
Dah macam teks ceramah agama dah ni. kuikuikui... Sem lepas aku pergi ujian kenaikan bekung dekat Lopo Blue River Chalet & Kem, Pangsun. Kali ni tak tahu la pulak dekat mana. Apa-apa pon ingat para hadirin sekalian jangan mudah lembik sangat tambah-tambah lagi depan LELAKI. Belajar lah selagi yang mampu untuk mempertahankan diri sendiri. Kau bukan ada bodyguard pon, maka tunjukkan kelebihan yang kau ada kalau ditimpah musibah. Okay ?










Sunday, 13 March 2016

LESU


L.E.S.U
Lesu ialah tidak bertenaga, penat, lelah dan sekutu dengannya.
Berikut adalah contoh gambaran lesu :





Bagi aku normal lah kalau student berkeadaan lesu tu. Almaklumlah, realiti kehidupan sebagai pelajar memang mencabar kekuatan mental mahupun fizikal. Itulah hakikat dan cabaran kalau nak mendapatkan segulung ijazah. 

Tapi sebagai pelajar juga, kita tak boleh lah menunjuk sangat kelesuan kita tu. Bukan kita je yang penatnya, semua yang bekerja menggunakan tenaga juga akan lesu. Cuma kekeuatan mental seseorang yang mampu buktikan tahap kelesuan seseorang. 

Aku pon kalau dah start penat muka ok sikit je kot dari gambar kat atas tu. hihihi... Tapi kita kena la control reaksi muka kita tu agar orang sekeliling kita selesa dengan kita. Ok gaiss senyum ja walaupun lesu... okayyyyy





BUNGA

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah program mega kolej aku, Kolej Tun Hussein Onn iaitu program Festival Sanjungan Satria XV (FESSAT XV).

Aku belajar banyak benda sepanjang mengendalikan program tersebut walaupun aku hanya menjadi ketua post cenderamata. 

Sebab apa tajuk aku bunga adalah memang pengalaman lah bagi aku, tak alert dengan keadaan. Aku biarkan ajk aku bagi bunga yang digunakan untuk sambut vvip tu waktu penyampaian hadiah perasmian kepada vvip kami. Aku just ikut arahan vvip tu ja, dia suruh ajk bagi time penyampaian hadiah perasmian.


Pastu malam tu ada postmotem. Aku pon tak tahu lah apasal aku g menangis sebab rasa serba salah. Dah la time aku bagi ucapan kat depan. Disebabkan pasal bunga tu mood aku malam tu kelaut. Nasib aku dapat felo yang memahami aku. 


Seriously aku berterima kasih sangat dekat felo aku yang sorang ni. Banyak bagi tunjuk ajar kat aku, felo paling memahami aku dan support aku. Aku rasa aku akan putus asa sebelum program lagi kalau tak ada orang support aku. Dugaan mengendalikan program bukan sesuatu yang mudah.


Tak lupa juga ketua program, barisan majlis tertinggi, ajk-ajk yang lain dan semestinya tulang belakang aku sepanjang sebelum dan semasa program iaitu ajk-ajk saya sendiri. Thanks a lot guys and i will love you as my family. 

"one for all, all for one"

Sunday, 6 March 2016

RESULT

RESULT SPM...

Okay tiba-tiba aku dapat idea nak tulis pasal result SPM. Mungkin harini 3/3/2016 result untuk SPM 2015 keluar kot. Firstly,aku nak ucapkan tahniah la kat junior-junior sekolah aku. You did well baby. Gempak la result SPM korang.

Tapi bila teringat result SPM aku.....hurmmm memang luluh hati, limpa, jantung dan organ dalaman yang lain. Aku sedapkan hati aku mungkin dulu aku budak 'pure science' sebab tu lah aku x berapa nak score kott. Tapi tu semua penipuan. Along aku straight 'A' for her SPM.

So sekarang ni fokus yang nak aku usulkan ialah USAHA. Mungkin itu ialah takdir aku. Tipu la kalau aku cakap aku x study. Tapi mungkin usaha aku x setimpal dengan subjek yang aku ambil. Haa, lepas result keluar, mulalah UPU  pon keluar, maka bertambah luluh lah hati aku sebab aku memang x tersenarai untuk masuk universiti lepas SPM tu.

Aku cuma dapat tawaran ke Matrikulasi Johor je time tu. Memang aku nenangis la mengenang dengan nasib aku time tu. Tapi ALLAH maha adil. Alhamdulillah aku dapat survive kat matrik dan aku tukar bidang sains kepada perakaunan. Aku start berusaha dengan lebih gigih sebab aku nak buktikan yang otak aku pon berfungsi jugak. Alhamdulillah sekali lagi, aku dapat tawaran untuk temuduga dekat UM dan UKM. Tapi aku x pergi la UM atas dasar tertentu. So sekarang ni, aku masih bernyawa untuk teruskan pembelajaran di UKM.

Thanks along sebab tampal ayat ni dekat pintu almari dalam bilik.


"sometimes what you want is not always what you gets, but in the end what you get is so much better than what you want". 

AKU

AKU...

Nama aku FARAH LIYANA BINTI MELI. Zaman matrik dulu budak-budak ni panggil aku FL okeyhh. Sekarang ni aku pon konfius la nak teruskan panggilan tu ke x especially dalam kelas sir ni. Matilah aku kene bahan bajet2 blogger terkenal padahal ni fisrt time aku tulis blog. hahaha.... 

Haaa, satu lagi aku nak bagitahu kakak aku nama FATIN LIYANA jugak . Tapi dia bukan blogger yang terkenal tu lahh. Dia budak-budak skema yang belajar kat UIAM Kuantan jer. Huishh skema giler la along aku sorang tu. 


Pasal diri aku pulak, aku ni nak kata baik tu memang la TERbaik. Aku anak kedua daripada 6 orang adik beradik. Memang x dapat dinafikan aku seorang angah yang bengis tapi comel. Satu ja aku nak kasi tahu, aku masuk UKM ni, aku nak berjaya, cepat-cepat kerja, cepat-cepat kaya. Ok tu jaa. hahaha


Salam perkenalan dari aku. Aku budak KTHO sebab tu aku setia dengan mafla celoreng tu okay.