Alhamdulillah selesai sudah program mega kolej aku, Kolej Tun Hussein Onn iaitu program Festival Sanjungan Satria XV (FESSAT XV).
Aku belajar banyak benda sepanjang mengendalikan program tersebut walaupun aku hanya menjadi ketua post cenderamata.
Sebab apa tajuk aku bunga adalah memang pengalaman lah bagi aku, tak alert dengan keadaan. Aku biarkan ajk aku bagi bunga yang digunakan untuk sambut vvip tu waktu penyampaian hadiah perasmian kepada vvip kami. Aku just ikut arahan vvip tu ja, dia suruh ajk bagi time penyampaian hadiah perasmian.
Pastu malam tu ada postmotem. Aku pon tak tahu lah apasal aku g menangis sebab rasa serba salah. Dah la time aku bagi ucapan kat depan. Disebabkan pasal bunga tu mood aku malam tu kelaut. Nasib aku dapat felo yang memahami aku.
Seriously aku berterima kasih sangat dekat felo aku yang sorang ni. Banyak bagi tunjuk ajar kat aku, felo paling memahami aku dan support aku. Aku rasa aku akan putus asa sebelum program lagi kalau tak ada orang support aku. Dugaan mengendalikan program bukan sesuatu yang mudah.
Tak lupa juga ketua program, barisan majlis tertinggi, ajk-ajk yang lain dan semestinya tulang belakang aku sepanjang sebelum dan semasa program iaitu ajk-ajk saya sendiri. Thanks a lot guys and i will love you as my family.
"one for all, all for one"
No comments:
Post a Comment