Okay tiba-tiba aku dapat idea nak tulis pasal result SPM. Mungkin harini 3/3/2016 result untuk SPM 2015 keluar kot. Firstly,aku nak ucapkan tahniah la kat junior-junior sekolah aku. You did well baby. Gempak la result SPM korang.
Tapi bila teringat result SPM aku.....hurmmm memang luluh hati, limpa, jantung dan organ dalaman yang lain. Aku sedapkan hati aku mungkin dulu aku budak 'pure science' sebab tu lah aku x berapa nak score kott. Tapi tu semua penipuan. Along aku straight 'A' for her SPM.
So sekarang ni fokus yang nak aku usulkan ialah USAHA. Mungkin itu ialah takdir aku. Tipu la kalau aku cakap aku x study. Tapi mungkin usaha aku x setimpal dengan subjek yang aku ambil. Haa, lepas result keluar, mulalah UPU pon keluar, maka bertambah luluh lah hati aku sebab aku memang x tersenarai untuk masuk universiti lepas SPM tu.
Aku cuma dapat tawaran ke Matrikulasi Johor je time tu. Memang aku nenangis la mengenang dengan nasib aku time tu. Tapi ALLAH maha adil. Alhamdulillah aku dapat survive kat matrik dan aku tukar bidang sains kepada perakaunan. Aku start berusaha dengan lebih gigih sebab aku nak buktikan yang otak aku pon berfungsi jugak. Alhamdulillah sekali lagi, aku dapat tawaran untuk temuduga dekat UM dan UKM. Tapi aku x pergi la UM atas dasar tertentu. So sekarang ni, aku masih bernyawa untuk teruskan pembelajaran di UKM.
Thanks along sebab tampal ayat ni dekat pintu almari dalam bilik.
"sometimes what you want is not always what you gets, but in the end what you get is so much better than what you want".
No comments:
Post a Comment